Cerita 25.08.11
Tidak semua yang kita dapat hari ini akan menjanjikan kebahagian pada masa akan datang. Kita tidak akan dapat mengejar kembali masa yang telah kita habiskan untuk duniawi ini. Andai satu hari nanti ada yang berjaya mencipta mesin masa, ianya tidak akan sama apa yang kita rasakan saat itu dan jua perasaannya pada masa akan datang setelah kita mengubah masa.
Kadang-kadang masa yang kita terlepas itu ada hikmahnya pada kita dalam diam. Jika kita terus mengejar masa yang lalu, bagaimana dengan masa kita akan datang ?. Terbiar begitu sahaja semata-mata nak mengubah kisah lama. Jika kita sayangkan sesuatu, ada kalanya kita perlu lepaskan dia pergi. Jika kita terus simpannya, kita akan merana.
Tidak semestinya apa yang kita sayang itu akan pergi selamnya, kit a hanya lepaskan beban di hati yang menyeksakan jiwa kita. Biarkan ia pergi denagn kerelaan hati. Usah di simpan terus dan menjadi duri. Duri jika tersusuk berdarah perasaan. Tiada siapa yang tahu nanti. Merana seorang diri.
Masalah memang tidak akan selesai dengan sendiri dan jua tidak akan selesai tanpa penyelesaian. Fahami dan teliti masalah. Bukan buat keputusan dengan jiwa yang serabut. Saat jiwa berduka dan bersedih kerana sesuatu perkara. Kelak akan menjadi satu penyesalan yang tidak terkira.
Keputusan saat marah memang bahaya. Lebih-lebih lagi yang melibatkan rumah tangga. Hancur rumah tangga,hancur kasih syang,anak-anak menjadi mangsa. Apa dosa meraka. Hanya dek kemarahan semua musnah. Satu perkataan yang keluar tidak mungkin akan dapat di undur kembali.