Wednesday, 18 July 2012

KEHILANGAN..

16.07.12 dimana tarikh yang susah untuk aku lupa. Dimana tarikh ini, aku telah kehilangan seorang insan yang aku nantikan selama ini. Sebelum dan selepas aku berkahwin. Beberapa minggu sebelum itu,aku cukup gembira bila aku mula datang lewat haid. Perubahan pada diri ku mula ketara. Aku mula terasa loya dan alahan yang agak teruk. Aku mula rasa gembira di hati andai benar di dalam rahim ku ini bernyawanya seorang insan. Satu hari aku melakukan ujian UPT (UREN PREGNANT Test). Hasilnya aku positif. Tetapi tidak ku kabarkan pada sesiapa kecuali suamiku.

Namun kegembiaan ku hanya sementara. Bila satu hari aku datang bulan. Namun kesakitan datang bulan itu lain rasanya. Aku rasa sakit sangat perut dan pinggang. Tidak terasa tertanggung rasa sakitnya. Namun aku gagahkan diri menjalani kehidupan ku seperti biasa.

Malamnya sakit ku semakin teruk. Suami ku membawa ku ke hospital berdekatan rumah ku. Namun hasil pemeriksaannya agak hampa. Aku pulang ke rumah. Sakit ku semakin menjadi-jadi. Selama dua hari aku menahan sakit yang tidak tertanggung. Lantas pada hari ahad 15.07.12 suami ku bawa ku ke hospital putrajaya. Di sana ku mendpatkan rawatan kecemasan

Pelbagai jenis rawatan yang di berikan pada ku. Mereka scan perut ku. Suami ku gembira sangat bila doktor kata aku pregnant 6 minggu. Aku menangis bila mendengarnya. Namun aku perlu berjumpa doktor pakar puan untuk pengesahan yang lebih lanjut. Aku melihat pada mata suami ku yang dia sangat gembira. Dia telefoan famiy dan saudara mara dia mengabarkan berita gembira dia bakal jadi bapa..

Suka aku melihat dia ketawa dan gembira macam tu. Aku menjadikan dia insan paling gembira. Sayang kegembiraan itu cuma sementara. Bila esoknya bila aku scan balik,baby tu dah tiada. Aku tumpah darah agak banyak dan teruk. Terasa punah segala penantian selama ini. Kegembiraan yang datang semalam bertukar kesedihan.

Suami ku kecewa. Aku menangis kesedihan. Hati ini sukar untuk menerima hakihat dan kenyataan aku kehilangan si kecil. Seharian aku menangis dan kecewa. Aku berkurung dalam bilik. Memang tiada air mata yang keluar di hadapan mereka. Tetapi di hati ku ini menangis menahan rasa sebak..

Aku perlu tabah. Allah lebih menyayangi dia. Biarlah dia di syurga sana bersama teman-temannya yang lain. Aku perlu lebih tabah dan kuat hadapi hakikat ini. Tidak mengapa,usaha lagi. Tabah hadapi ujian Yang Maha Esa..

Ya Allah berikan aku kekuatan dan pulihkan hati ini dari kelukaan yang lama. Sembuhkn hati ini dengan keimanan dan kekuatan cahaya Mu..Amin...


Abah

 abah.. kini tidak lagi aku mampu ungkapkan perkataan itu dalam keluarga ku. kau telah pergi menemui penciptamu sekian lamanya.. masih aku t...