Wang Pencen Hak
Mutlak Si Penerima.
Bagi kakitangan awam
sedia maklum tentang wang pencen. Namun
bukan semua orang tahu siapa yang layak terima. Ada yang beranggapan jika
ahli keluarga dia kakitangan awam, secara automatiknya mereka layak dapat wang
pencen tersebut. Namun hakikatnya bukan semua orang layak menerimanya.
Ayah saya adalah
seorang tentera. Jadi bila dia pencen, dan sudah berkahwin dan mempunyai
anak,mereka akan daftar ahli keluarga dalam buku merah khas untuk pesara.
Bagi kes adik
saya, lain ceritanya. Adik saya adalah pendaftar Oku kategori Slow Learner
(lambat pembelajaran). Adik saya cikgu kesan masalah dia masa dia umur 8 tahun.
Masa itu,kami sekeluarga redha je. Masa adik saya kecik,dia lahir dengan
kecacatan di mulut. Orang panggil sumbing.
Lepas ayah
meninggal, ada dua isu berkaitan penuntutan dengan wang pencen ini. Pertama mak
tiri kami jugak ingin menuntut wang pencen tersebut. Kedua dari kami sekeluarga
. Alhamdulilah ayah kami di kelilingi kawan yang baik hati. Menolong kami
sekeluarga dalam hal penuntutan wang pencen tersebut. Dia bawa kami pergi ke
pejabat hal ehwal vateren untuk selesaikan isu ini.
Jadi bermulah
proses tuntutan wang pencen tersebut. Masa saya berjumpa dengan pegawai yang
berkenaan dan bertanya prosesnya,siapa yang lebih layak untuk menuntut wang
tersebut. Makanya adik saya lebih layak menerima. Sebabnya adik saya pendaftar
oku. Mak tiri tidak layak sebab
perkahwinan dia tidak di daftar dalam buku merah.
Lagipun dia sudah
menerima pencen dari suami yang dahulu. Jadi dia tidak layak terima wang pencen
tersebut. Sekiranya adik saya bukan pendaftar oku,tiada sesiapa yang layak
terima. Kerana ini termasuk dalam kategori pencen terbitan. Hanya duda/balu
atau anak yang layak menerima. Alhamdulillah rezeki adik saya. Masa saya
menguruskan pencen adik, masa itu tengah mengandungkan adik Ziqri. Masa itu 6
bulan. Ke hulur hilir bawa perut dan bawa lagi 3 orang anak yang masih kecik.
Turun naik
pejabat untuk surat pengesahan. Isi borang dan fotostat dokumen. Ada satu
proses dokumen itu memerlukan surat pengesahan untuk penjaga adik. Lepas hantar
borang salah borang pulak. Kena isi semula borang baru untuk adik dan
memerlukan pegesahan doktor pulak. Masa ini saya sudah pulang ke rumah
(Selangor). Jadi saya minta adik lain untuk uruskannya. Terima kasih adik yang
tolong uruskannya dan bawa jumap doktor.
Alhamdulillah
siap semua dan borang pun sudah di hantar. Ambil masa jugak untuk dapat
keputusan. Selalu jugak saya call hq untuk tahu status permohonan adik. Setelah
3 bulan menanti akhinrnya dapat jugak. Sekali
bayaran tertunggak dia bagi. Alhamdulillah rezeki adik.
Jadi saya memang
sarankan sesiapa yang ada anak oku atau ahli keluarga oku untuk mendaftar
mereka dengan badan kebajikan masyarakat. Sekali daftar untuk pencen nanti
sekiranya kita kakitangan awam. Sekurangnya nasib mereka terbela dan ada wang
saku selepas berlaku kematian nanti.
Permasalahan
berlaku bila ada yang tidak megetahui bahawa wang pencen,bukanlah harta pusaka.
Wang pencen adalah hak mutlak penerima. Tidak perlu di faraidkan. Jadi terpulang
pada si penerima untuk gunakannya. Permasalahan ini yang masih ramai tidak faham
dan tidak dapat menerimanya.
Sehingga ia
menjadi perbalahan dan pergaduhan di kalanga ahli keluarga. Timbul isu iri hati
dan tidak puas hati. Malah menjadi isu untuk penerima wang pencen tersebut
untuk di gunakan untuk selesaikan hutang si mati jika si mati ada meninggalkan
hutang tanpa perlu bayar balik wang tersebut.
Dengan alasan
bahawa wang pencen tersebut adalah wang pusaka. Mesti di gunakan untuk urusan
pusaka. Ada jugak waris yang beranggapan mereka jugak layak guna wang tersebut.
Ianya salah. Terpulang pada si penerima dan kerelaan penerima untuk membantu
atau tidak. Jika dia tidak mahu membantu tidak ada masalah. Kerana itu hak dia.
Jadi waris yang lain tidak boleh menafikan hak si penerima.
Kesimpulannya,
wang pencen bukan semua waris layak terimanya. Perlukan kerjasama dari waris
untuk urusan tuntutan wang pencen tersebut bagi mereka yang layak. Wang pencen
bukan harta puska dan tidak perlu di faraidkan. Wang pencen adalah hak mutlak
si penerima.