Thursday, 6 October 2022

Abah

 abah..

kini tidak lagi aku mampu ungkapkan perkataan itu dalam keluarga ku. kau telah pergi menemui penciptamu sekian lamanya.. masih aku terasa kau ada. masih aku terkenang segala peristiwa dengan mu.

 abah..

dulu dan kini kau sentiasa dalam ingatan aku. kau sentiasa menjadi bualan aku. aku rindu nak dengar ucapan mu. redup mata mu sentiasa aku pahatkan dalam sanubari ku.  

selepas arwah mak meninggal,dapat aku lihat dalam sinaran matamu semakin redup. ada satu perasaan yang sunyi dan rindu yang tiada penghujungnya. mungkin tiada ungkapan yang dapat kau zahirkan. namun aku dapat membacanya.

banyak onak duri yang kau lalui selama berapa tahun ini. banyak kali hati kau terluka di sebabkan sekeliling kau. namun kau masih tersimpan rapi semunya jauh dalam sanubari hati mu. kau memilih untuk senyap dan mengalah. kerana kau tahu tidak ke mana pun kalau kau bertekak. lagi di hujung usia yang senja mu.

abah...

puas anak mu berjuang hak mu dan hak kami adik beradik. puas anak mu di kutuk dan di perli. semata-mata untuk perjuangkan hak yang sebenarnya. namun apa yang anka mu dapat. hanya di pandang hina dan sepi oleh mereka yang berkuasa.

No comments:

Post a Comment

Abah

 abah.. kini tidak lagi aku mampu ungkapkan perkataan itu dalam keluarga ku. kau telah pergi menemui penciptamu sekian lamanya.. masih aku t...