Friday, 15 July 2022

WANG PENCEN HAK MUTLAK PENERIMA.

 

Wang Pencen Hak Mutlak Si Penerima.

Bagi kakitangan awam sedia maklum tentang wang pencen. Namun  bukan semua orang tahu siapa yang layak terima. Ada yang beranggapan jika ahli keluarga dia kakitangan awam, secara automatiknya mereka layak dapat wang pencen tersebut. Namun hakikatnya bukan semua orang layak menerimanya.

 

Ayah saya adalah seorang tentera. Jadi bila dia pencen, dan sudah berkahwin dan mempunyai anak,mereka akan daftar ahli keluarga dalam buku merah khas untuk pesara.

                                                 

Bagi kes adik saya, lain ceritanya. Adik saya adalah pendaftar Oku kategori Slow Learner (lambat pembelajaran). Adik saya cikgu kesan masalah dia masa dia umur 8 tahun. Masa itu,kami sekeluarga redha je. Masa adik saya kecik,dia lahir dengan kecacatan di mulut. Orang panggil sumbing.

 

Lepas ayah meninggal, ada dua isu berkaitan penuntutan dengan wang pencen ini. Pertama mak tiri kami jugak ingin menuntut wang pencen tersebut. Kedua dari kami sekeluarga . Alhamdulilah ayah kami di kelilingi kawan yang baik hati. Menolong kami sekeluarga dalam hal penuntutan wang pencen tersebut. Dia bawa kami pergi ke pejabat hal ehwal vateren untuk selesaikan isu ini.

Jadi bermulah proses tuntutan wang pencen tersebut. Masa saya berjumpa dengan pegawai yang berkenaan dan bertanya prosesnya,siapa yang lebih layak untuk menuntut wang tersebut. Makanya adik saya lebih layak menerima. Sebabnya adik saya pendaftar oku.  Mak tiri tidak layak sebab perkahwinan dia tidak di daftar dalam buku merah.

 

Lagipun dia sudah menerima pencen dari suami yang dahulu. Jadi dia tidak layak terima wang pencen tersebut. Sekiranya adik saya bukan pendaftar oku,tiada sesiapa yang layak terima. Kerana ini termasuk dalam kategori pencen terbitan. Hanya duda/balu atau anak yang layak menerima. Alhamdulillah rezeki adik saya. Masa saya menguruskan pencen adik, masa itu tengah mengandungkan adik Ziqri. Masa itu 6 bulan. Ke hulur hilir bawa perut dan bawa lagi 3 orang anak yang masih kecik.

 

Turun naik pejabat untuk surat pengesahan. Isi borang dan fotostat dokumen. Ada satu proses dokumen itu memerlukan surat pengesahan untuk penjaga adik. Lepas hantar borang salah borang pulak. Kena isi semula borang baru untuk adik dan memerlukan pegesahan doktor pulak. Masa ini saya sudah pulang ke rumah (Selangor). Jadi saya minta adik lain untuk uruskannya. Terima kasih adik yang tolong uruskannya dan bawa jumap doktor.

 

Alhamdulillah siap semua dan borang pun sudah di hantar. Ambil masa jugak untuk dapat keputusan. Selalu jugak saya call hq untuk tahu status permohonan adik. Setelah 3 bulan menanti akhinrnya dapat jugak. Sekali  bayaran tertunggak dia bagi. Alhamdulillah rezeki adik.

 

Jadi saya memang sarankan sesiapa yang ada anak oku atau ahli keluarga oku untuk mendaftar mereka dengan badan kebajikan masyarakat. Sekali daftar untuk pencen nanti sekiranya kita kakitangan awam. Sekurangnya nasib mereka terbela dan ada wang saku selepas berlaku kematian nanti.

Permasalahan berlaku bila ada yang tidak megetahui bahawa wang pencen,bukanlah harta pusaka. Wang pencen adalah hak mutlak penerima. Tidak perlu di faraidkan. Jadi terpulang pada si penerima untuk gunakannya. Permasalahan ini yang masih ramai tidak faham dan tidak dapat menerimanya.

Sehingga ia menjadi perbalahan dan pergaduhan di kalanga ahli keluarga. Timbul isu iri hati dan tidak puas hati. Malah menjadi isu untuk penerima wang pencen tersebut untuk di gunakan untuk selesaikan hutang si mati jika si mati ada meninggalkan hutang tanpa perlu bayar balik wang tersebut.

Dengan alasan bahawa wang pencen tersebut adalah wang pusaka. Mesti di gunakan untuk urusan pusaka. Ada jugak waris yang beranggapan mereka jugak layak guna wang tersebut. Ianya salah. Terpulang pada si penerima dan kerelaan penerima untuk membantu atau tidak. Jika dia tidak mahu membantu tidak ada masalah. Kerana itu hak dia. Jadi waris yang lain tidak boleh menafikan hak si penerima.

Kesimpulannya, wang pencen bukan semua waris layak terimanya. Perlukan kerjasama dari waris untuk urusan tuntutan wang pencen tersebut bagi mereka yang layak. Wang pencen bukan harta puska dan tidak perlu di faraidkan. Wang pencen adalah hak mutlak si penerima.

No comments:

Post a Comment

Abah

 abah.. kini tidak lagi aku mampu ungkapkan perkataan itu dalam keluarga ku. kau telah pergi menemui penciptamu sekian lamanya.. masih aku t...